aku tidak pernah ada impian perkahwinan.
katalah aku menipu. tapi, memang begitu daripada dulu.
aku memang tidak ada impian perkahwinan. macam anak gadis lain.
zaza nuredwina, nur hana sapuan, dan yang kenal aku dari aku kecil,
tau kenapa aku tidak pernah punya hasrat untuk berkahwin.
atau lebih kepada, aku tidak boleh kahwin.
tapi lelaki ini datang dan tanpa dia kenal siapa aku sebenarnya, dia menghulurkan bahu untuk aku bersandar. lantas kemudian, menghulurkan hatinya untuk aku. dan meminta hati aku untuk dijaga. dan belum pun dua minggu kami berkenal, dia tanyakan, "aisyah, kahwin dengan aku"
dan entah kenapa,
untuk lelaki yang tak pernah aku kenal ini,
aku nyatakan
"aku nak kahwin dengan kau"
mata aku basah untuk satu perasaan yang tak dapat aku gambarkan.
dan aku yang tidak pernah punya impian perkahwinan ini,
akhirnya menyatakan "ya" kepada lelaki yang tak pun aku benar kenal siapa dia.
entah kenapa aku pasti.
mungkin ada cinta selepas nikah.
mungkin aku hanya harus percaya.